|
|
| |
|
IKLANEKA, BERITA DAN INFORMASI TERKINI |
|
|
 |
55 Silap
Mata Mudah
Penulis : AMAR
Penerbit : PTS Millennia Sdn
Bhd
ISBN : 978-983-3603-67-1
Sinopsis
Tisu hilang di tapak tangan? Kad
bertukar menjadi kotak mancis? Skarf
menembusi leher? Ibu jari terputus
dan disambungkan semula? Makan duit
syiling tembus di belakang kepala?
Sapu tangan menembusi gelas kaca?
Pen di atas telapak tangan berdiri
sendiri? Belon tidak pecah walaupun
dicucuk jarum panjang?
Baca lagi... |
|
 |
 |
Album HIKAYAT CINTA membariskan ramai
komposer-komposer dan pemuzik-pemuzik
terkenal tanahair yang bergabung untuk
menghasilkan album ini. Antara
penerbit-penerbit yang terlibat dalam
pembikinan album HIKAYAT CINTA ini ialah
Isman Nadim Hijjjaz, Munif Ahmad Hijjaz,
Faizal Osman Hijjaz, Saiful Mestica dan
AMAR sendiri selaku penerbit yang paling
banyak menerbitkan lagu di dalam album
ini.
Antara pemuzik-pemuzik yang
terlibat pula ialah Eddie Marzuki,
Firdaus, Along Exist, Achik dan AMAR
sendiri. Disebabkan ramai konposer dan
pemuzik yang terlibat dalam pembikinan
album ini, maka ianya menyajikan
kepelbagaian rentak, mood dan irama
dalam memenuhi selera pendengar untuk
pelbagai peringkat umur.
Baca lagi... |
|
 |

AMAR, artis solo
tanah air yang sebelum ini telah menghasilkan
buku motivasi ‘ Anda Mampu Melakukannya’ yang
diterbitkan Telaga Biru Sdn Bhd. sekali lagi
memberi kejutan dengan menghasilkan buku
terbarunya ‘ Dunia Kartun Motivasi AMAR’. Kali
ini AMAR menampilkan bakatnya sebagai seorang
pelukis dengan kandungan utama BUKU ini adalah
hasil kompilasi karya kartun yang dilukis
sendiri oleh AMAR. Buku ini berkonsepkan humor,
motivasi, pendidikan dan hiburan santai yang
juga menyelitkan maklumat-maklumat berkenaan
perjalanan hidup AMAR sebagai anak seni.
Baca
lagi...


Pada hari ahad 26 haribulan Ogos 2007 lepas
merupakan hari yang penuh bermakna bagi penyanyi
nasyid AMAR atau nama sebenarnya Arif Muazzim
Abdul Rahman. Pada hari tersebut telah pun
berlangsungnya majlis konvokesyen di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke 23.
AMAR menerima Ijazah Undang-undang (LLB) yang
disampaikan oleh Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Sanusi
Junid di pentas kegemilangan Pusat Aktiviti
Kebudayaan UIAM. Majlis penyampaian ijazah
berlangsung selama 4 jam dari pukul 8.00 pagi
sehingga 12.00 tengahari.
Baca
lagi....

|
|
 
Dapatkan Koleksi Penanda Buku Motivasi
Eksklusif AMAR. Setiap pembelian akan disertakan
bersama tandatangan eksklusif AMAR. Dapatkannya
di: AMAR
Mall
|
|
TAWARAN ISTIMEWA - SIMPLE MINUS ONE
Berita gembira kepda kumpulan-kumpulan nasyid
sekolah dan IPT seluruh Malaysia, Impian Production menawarkan khidmat
pembikinan minus one untuk lagu bagi tujuan
persembahan. Minus one tersebut adalah di dalam
bentuk stereo track.
Harga bagi setiap minus one RM 200 sahaja!
Berminat, sila hubungi:
Impian Production
Tel: 03 62728371 / 017 2833224
E-Mel:
servis@amar.com.my
|
|
|
TEMPAHAN KARTUN
Anda ingin menempah kartun hasil lukisan AMAR
yang disertakan bersama tandatangan AMAR?
Kartun-kartun di dalam bentuk:
-Karikatur
wajah anda (hantarkan gambar anda berukuran
pasport)
-Kartun
bebas, dan lain-lain.
Berminat, sila hubungi:
Impian Production
| |
|
Tel: 03 62728371 / 013 2829648 |
E-Mel:
servis@amar.com.my
*Harga
boleh dirunding. |
|
|
| |
|
|
AMAR KENDALIKAN KEM MOTIVASI SOLAT

AMAR,
artis nasyid solo tanah air baru-baru ini menerusi
syarikat milik beliau, Impian Production telah
menganjurkan kem motivasi solat dan qiyamullail. Kem
ini dianjurkan bersama dengan Sekolah Menengah
Kebangsaan Ayer Puteh, Kemaman, Terengganu. Kem yang
diadakan pada 22 dan 23 Mac tersebut diadakan di
dewan sekolah tersebut dan melibatkan peserta
seramai 200 orang. Kem selama dua hari ini diadakan
bertujuan untuk mendedahkan kesedaran mengenai
kepentingan solat kepada para peserta di samping
mengajar para peserta cara-cara solat yang betul
yang telah diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. Kem
motivasi solat tersebut diisi dengan ceramah
berkenaan kepentingan solat, bengkel dan praktikal
solat dan diselang-seli dengan persembahan nyanyian
dan silap mata daripada AMAR. Gambar-gambar sekitar
kem terdapat di ruangan aktiviti.
|
|
|
AMAR MALL DIBUKA SEKARANG
AMAR
Mall, kini dibuka. AMAR Mall menyediakan kemudahan
kepada semua khususnya kepada peminat-peminat AMAR
untuk mendapatkan terus produk-produk AMAR. Gedung
dalam talian ini menawarkan penjualan produk-produk
berbentuk pendidikan, teknologi maklumat dan produk
hiburan bermanfaat. Antara produk-produk yang
terdapat di AMAR Mall ketika ini ialah buku, kaset,
CD, VCD dan produk-produk komputer. Setiap pembelian
produk AMAR di AMAR Mall akan mendapat tandatangan
eksklusif dari AMAR. Pembeli juga berpeluang untuk
mendapatkan pelbagai cenderahati menarik dari AMAR
dengan setiap pembelian produk-produk AMAR di AMAR
Mall.
|
|
|
|
BUKU MOTIVASI AMAR

Karya sulung hasil
ilham minda oleh AMAR kini telah berada di pasaran.
Karya sulung yang di dalam bentuk buku tersebut
bertajuk 'Anda Mampu Melakukannya'.
Buku ini sarat dengan
ulasan isu semasa dan mehnah tribulasi yang dihadapi
oleh golongan remaja masa kini. Walaupun analisis
dan rumusan yang dibuat oleh AMAR di dalam buku ini
banyak bergantung kepada pengalaman, pemerhatian dan
sedikit ‘research’ yang dijalankan oleh AMAR, ianya
cukup berbaloi kepada mereka yang ingin mengambil
manfaat daripada fikrah AMAR kerana buku ini adalah
hasil dan lahir ikhlas dari jiwa remaja AMAR untuk
disampaikan kepada remaja yang lain dalam usaha
membentuk generasi remaja yang cemerlang, gemilang
dan terbilang .
Baca
lagi....
|
|
|
|
|
KANDUNGAN
TERKINI |
|
|
|
SILAP MATA |
|
|
|
PENGUMUMAN |
|
Kongsi
foto-foto AMAR yang ada di dalam koleksi simpanan anda
dengan menghantar dalam bentuk digital JPEG ke e-mel
webmaster@amar.com.my Foto-foto tersebut akan
disiarkan di ruangan koleksi. Cenderahati menarik bagi
penghantar bertuah.
|
|
|
|
|
|
|