PENGENALAN
AMAR Mall adalah pusat sehenti bagi anda untuk membeli-belah pelbagai jenis produk berbentuk pendidikan, teknologi maklumat dan produk hiburan bermanfaat. AMAR Mall juga direka khusus untuk peminat-peminat AMAR mendapatkan produk-produk AMAR terus dari kami secara online juga membantu mereka yang sukar untuk mendapatkan produk-produk AMAR di pasaran. Untuk mereka yang pertama kali melayari AMAR Mall, bolehlah mengikuti tutorial langkah demi langkah cara menggunakan fasiliti di AMAR Mall di link Tutorial di atas.
KEISTIMEWAAN
Setiap produk AMAR yang dibeli melalui AMAR Mall akan mendapat tandatangan eksklusif dari AMAR. Di samping itu pembeli juga berpeluang untuk mendapat cenderahati secara percuma dengan setiap pembelian produk-produk AMAR. Walaubagaimanapun tawaran ini hanya terdapat pada promosi tertentu sahaja. Pelanggan setia AMAR Mall juga akan berpeluang mendapat potongan harga dan cenderahati menarik dari AMAR.
PRODUK IT
AMAR Mall juga menawarkan penjualan produk-produk IT terkini seperti komputer riba dan komputer peribadi. Produk-produk IT ini dikeluarkan oleh pengeluar yang berpengalaman lebih lima tahun di dalam bidang penjualan komputer. Pelanggan hanya perlu memilih produk yang diingini, membuat bayaran dan produk komputer pesanan anda akan dihantar terus ke rumah anda. Juruteknik berpengalaman kami akan memasang komputer tersebut di premis atau rumah anda dan sedia memberi khidmat nasihat secara percuma berkenaan isu-isu teknikal berkenaan komputer. Setiap produk akan diberi jaminan selama setahun. Sebarang masalah, sila hubungi juruteknik yang bertugas dan kami akan terus ke rumah anda untuk memeriksa masalah komputer tersebut. Setakat ini, penghantaran terus komputer hanya untuk kawasan Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sahaja.
PENGHANTARAN DAN PEMBAYARAN
Produk-produk anda akan dihantar menerusi Pos Berdaftar Pos Malaysia. Setakat ini, produk-produk hanya akan dihantar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan juga Singapura. Caj penghantaran adalah mengikut zon penghantaran Pos Malaysia. Pembayaran produk boleh dibuat menerusi deposit terus bayaran ke akaun Maybank atau menerusi Cek, Money Order atau Wang Pos.
Sebarang pertanyaan bolehlah di hantar ke mall@amar.com.my .







