
| TUTORIAL LANGKAH DEMI LANGKAH CARA MENGGUNAKAN AMAR MALL | |
| LANGKAH 1 | |
![]() |
Untuk anda yang masih tidak mempunyai akaun AMAR Mall, klil 'Creat Account'. |
| LANGKAH 2 | |
![]() |
Melalui paparan ini, sila
isikan semua maklumat yang dikehendaki. Sila Isikan maklumat yang betul kerana ini setiap pesanan akan dihantar ke alamat yang dimasukkan di sini. Sila masukkan alamat e-mel yang sah dan kata laluan untuk digunakan sebagai maklumat log masuk samasa anda ingin membeli belah di AMAR Mall. |
| LANGKAH 3 | |
![]() |
Paparan di sebelah
menyatakan akaun anda telah berjaya didaftarkan. 'Primary Address' ialah
alamat yang akan digunakan untuk menghantar pesanan anda. Jika ada kesilapan pada alamat tersebut, klik 'edit' untuk membetulkannya. Jika tiada sebarang pembetulan, klik 'continue'.
|
| LANGKAH 4 | |
![]() |
Paparan ini akan
diaparkan sebaik sahaja anda telah berjaya log masuk ke AMAR Mall. Untuk membeli produk, klik pada imej produk untuk meneruskan pembelian anda. |
| LANGKAH 5 | |
![]() |
Setelah imej diklik,
paparan ini akan muncul. Paparan ini menerangkan lebih lanjut mengenai
produk. Untuk membeli produk ini, klik 'Add To Chart'. |
| LANGKAH 6 | |
![]() |
Jadual di paparan sebelah
ini menerangkan maklumat pembelian anda. Jika anda ingin meneruskan beli belah anda, klik 'continue shopping'. Jika tidak klik 'check out'. |
| LANGKAH 7 | |
![]() |
Di bahagian kategori dipaparkan maklumat produk-produk yang terdapat di AMAR Mall. Anda boleh mengklik 'link' kategori tersebut untuk melihat produk-produk tersebut. |
| LANGKAH 8 | |
![]() |
Jika anda klik kategori
VCD, paparan ini akan keluar memaparkan senari produk yang terdapat di
dalam kategori VCD. Klik imej untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk. Klik 'buy now' jika anda ingin terus membeli produk tersebut. |
| LANGKAH 9 | |
![]() |
'The shopping cart' atau
carta membeli belah akan memaparkan senarai produk yang telah dipesan
oleh anda. Jika anda ingin membuang salah satu dari senarai produk-produk yang dipesan, klik imej tong sampah di sebelah kanan. Jika anda telah selesai dengan pembelian anda, klik 'check out' untuk meneruskan ke bahagian penghantaran dan bayaran. |
| LANGKAH 10 | |
![]() |
'Step 1' memerlukan anda
memilih cara penghantaran yang sesuai. Jika anda memesan komputer sahaja, sila pilih untuk 'Penghantaran Terus' Selain dari komputer, pesanan akan dihantar menerusi pos. Sila pilh kawasan penghantaran anda. Jika anda berada di Semenanjung Malaysia, klik Pos Berdaftar Semenanjung. Caj penghantaran 'per item' yang dipaparkan adalah mengikut jumlah produk yang dipesan. Sebagai contoh anda di semenanjung kan di caj RM2.50 setiap produk. Memandangkan kita telah memesan dua produk, ia telah ditambah secara automatik menjadi RM5.00. Untuk meneruskan ke langkah pembayaran, klik 'continue checkout'. |
| LANGKAH 11 | |
![]() |
'Step 2' memerlukan
anda untuk memilih cara pembayaran bagi pesanan anda. Di sini terdapat dua cara pembayaran disediakan. Pertama menerusi Deposit terus wang pembayaran ke akaun bank. Kedua menerusi penghantaran cek, money order atau wang pos. |
| LANGKAH 12 | |
![]() |
Jika anda memilih untuk
membuat bayaran secara cek, money order atau wang pos, bayaran tersebut
bolehlah diposkan ke alamat yang dinyatakan. Wang pos dan money order boleh didapati di pejabat pos berhampiran anda. Jika semua maklumat yang diperlukan telah diperolehi dan tiada lagi sebarang pembetulan, klik butang 'confirm' untuk mengesahkan pesanan anda. |
| LANGKAH 13 | |
![]() |
Jika anda memilih untuk
membayar menerusi deposit ke akaun bank, sila depositkan bayaran pesanan
tersebut ke nombor dan akaun bank yang dinyatakan. Sebaik sahaja bayaran tersebut telah didepositkan, anda diminta untuk memaklumkan kepada kami:
Maklumat tersebut boleh dihantar menerusi e-mel atau sms ke nombor yang dinyatakan. Sila tekan butang confirm sebagaimana langkah 12. |
| LANGKAH 14 | |
![]() |
Sekarang, urusniaga anda
telah berjaya. Pihak kami akan memproses pesanan anda. Klik butang 'log off' untuk log keluar dari akaun anda. |
| LANGKAH 15 | |
![]() |
Jika anda ingin log masuk
ke akaun anda sekali lagi, hanya masukkan alamat e-mel dan kata laluan
yang anda telah daftarkan.
SELAMAT MEMBELI BELAH DI AMAR MALL!! |