UTAMA  |  PETA LAMANHUBUNGI KAMI

 

PAUTAN KHAS

AMAR MALL - DIBUKA SEKARANG!! DIBUKA SEKARANG!

You Tube  VIDEO

Video Klip Nurul Iman Video Klip Siti Munawirah

 Sedutan VCD IPT Magic     

 
 
 

 

 

Pada hari ahad 26 haribulan Ogos 2007 lepas merupakan hari yang penuh bermakna bagi penyanyi nasyid AMAR atau nama sebenarnya Arif Muazzim Abdul Rahman. Pada hari tersebut telah pun berlangsungnya majlis konvokesyen di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke 23. AMAR menerima Ijazah Undang-undang (LLB) yang disampaikan oleh Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid di pentas kegemilangan Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM. Majlis penyampaian ijazah berlangsung selama  4 jam dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.  

Turut menghadiri dan mengiringi AMAR pada majlis yang gilang gemilang ter sebut ialah ibu dan bapa AMAR sendiri iaitu Abdul Rahman Saad dan Siti Aishah Abdullah yang terharu dan gembira dengan kejayaan AMAR. Bagi AMAR, beliau menggangap ini ialah satu permulaan yang sangat baik bagi beliau untuk mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang di dalam hidupnya selepas ini sama ada kecemerlangan di dunia mahupun akhirat. Sebelum ini AMAR mengambil jurusan Undang-undang di UIAM selama lebih 6 tahun dan bekerja sambilan sebagai penyusun muzik dan penerbit semasa dalam tempoh pengajiannya.  

Bersempena dengan kejayaannya memperoleh ijazah undang-undang ini, AMAR telah melancarkan laman web rasminya- www.amar.com.my yang mengandungi perkembangan terkini dan pelbagai info tentang diri AMAR khas untuk peminat-peminatnya dan kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui dan mengenali AMAR dengan lebih mendalam. Selain itu, AMAR menganggap kelahiran album ketiganya yang berjudul ‘HIKAYAT CINTA’ di bawah Hijjaz Records Sdn. Bhd. adalah hadiah yang amat bermakna bersempena dengan penerimaan ijazah Undang-undang beliau dan memberi nafas baru kepada AMAR untuk mengembangkan sayapnya di alam bidang seni dengan lebih luas lagi.  

AMAR yang terkenal dengan lagu ‘Nurul Iman’ ciptaannya sebelum ini telah berjaya menerbitkan sendiri 2 buah album dan VCD Silap Mata di bawah Telaga Biru Sdn. Bhd. sewaktu dalam pengajiannya di UIAM. Selain album terbaru, AMAR juga menghasilkan 2 buah buku motivasi pelajar iaitu ‘ANDA MAMPU MELAKUKANNYA’ dan ‘DUNIA KARTUN MOTIVASI AMAR’ hasil karya dan tulisannya sendiri. AMAR berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimilikinya di dalam kedua-dua buku ini. 

Menurut AMAR, sebelum bergelar peguam, beliau ingin menimba ilmu sebanyak mungkin ke peringkat yang tertinggi terlebih dahulu dan mencapai sebanyak mungkin kejayaan di dalam bidang ilmu dan seni yang diceburinya sekarang. Harapannya agar hasil karya seninya akan diterima semua dan masyarakat akan menjadikan ilmu sebagai teras dan budaya hidup untuk kecemerlangan dunia dan akhirat.

KANDUNGAN TERKINI

Buku Motivasi AMAR

Sedutan Video VCD AMAR IPT magic

10 Silap mata terbaru di ruangan silap mata

 

TRIVIA AMAR
AMAR gemar membaca buku sebelum tidur.
PENGUMUMAN

Kongsi foto-foto AMAR yang ada di dalam koleksi simpanan anda dengan menghantar dalam bentuk digital JPEG ke e-mel webmaster@amar.com.my Foto-foto tersebut akan disiarkan di ruangan koleksi. Cenderahati menarik bagi penghantar bertuah.

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

© IMPIAN PRODUCTION 2006
HAK CIPTA TERPELIHARA

Laman ini dibangun dan diselenggara menggunakan HTML, PHP dan Javascript.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penggunaan bahan di dalam laman web untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.