|
Album Ketiga AMAR - Hikayat Cinta
Album HIKAYAT CINTA membariskan ramai
komposer-komposer dan pemuzik-pemuzik terkenal
tanahair yang bergabung untuk menghasilkan album ini.
Antara penerbit-penerbit yang terlibat dalam
pembikinan album HIKAYAT CINTA ini ialah Isman Nadim
Hijjjaz, Munif Ahmad Hijjaz, Faizal Osman Hijjaz,
Saiful Mestica dan AMAR sendiri selaku penerbit yang
paling banyak menerbitkan lagu di dalam album ini.
Antara pemuzik-pemuzik yang terlibat pula ialah
Eddie Marzuki, Firdaus, Along Exist, Achik dan AMAR
sendiri. Disebabkan ramai konposer dan pemuzik yang
terlibat dalam pembikinan album ini, maka ianya
menyajikan kepelbagaian rentak, mood dan irama dalam
memenuhi selera pendengar untuk pelbagai peringkat
umur.
Album HIKAYAT CINTA menampilkan konsep pop nasyid
kontemporari yang tidak keterlaluan dan sesuai untuk
semua peringkat umur yang disesuaikan dengan
senikata bermanfaat dan penuh makna. Di dalamnya
terkandung pelbagai irama termasuk padang pasir
moden, etnik, irama Malaysia dan balada. Disebabkan
kepelbagaian irama ini, pendengar tidak akan mudah
jemu untuk menghayati lagu-lagu album HIKAYAT CINTA.
Album AMAR pada kali ini menampilkan banyak
lagu-lagu rancak dan bertenaga.
Seperti album-album AMAR yang sebelumnya, di dalam
album ini, AMAR mengekalkan ‘trademark’nya dengan
berduet bersama artis cilik daripada kumpulan Aeman
di dlam lagu KENANGAN BERSAMA yang juga ciptaan AMAR
sendiri. Album HIKAYAT CINTA mengambil masa selama 5
bulan untuk disiapkan. Ini termasuklah proses
pengumpulan bahan, penyusunan muzik,fotografi,
rakaman dan sebagainya. Masa yang panjang ini
membuatkan AMAR dan para pemuzik dan komposer yang
lain berasa selesa dan dapat menghasilkan album ini
dengan penuh teliti, berkualiti dan tidak
tergesa-gesa.
Album ketiga ini diberi judul HIKAYAT CINTA
bersempena dengan tajuk salah sebuah lagu yang
terkandung di dalam album ini. Ia juga melambangkan
bahawa cinta merupakan fitrah manusia tidak kiralah
sama ada cinta kepada Allah atau pun cinta kepada
makhluk-Nya. Yang penting, cinta haruslah dikawal
berpandukan syariat Allah s.w.t.
Terdapat 2 buah lagu di dalam album ini yang telah
dipilih oleh pihak Hijjaz Records Sdn. Bhd. sebagai
lagu utama yang bakal memberi saingan kepada
lagu-lagu nasyid lain yang sedia ada iaitu REMAJA
KITA dan AMANI di mana kedua-duanya adalah ciptaan
AMAR sendiri. REMAJA KITA berkisarkan tentang remaja
melayu masa kini yang mengalami keruntuhan akhlak
dan moral. Lagu ini menyedarkan kita semua untuk
melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar ataupun
mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
kerana ianya adalah kewajipan semua mukmin tanpa
mengira pangkat dan keturunan. Sekiranya maksiat
berleluasa, maka bala Allah yang dahsyat akan
menimpa semua manusia tidak kiralah sama ada yang
soleh atau pun tidak. Lagu barjudul AMANI pula
mengisahkan tentang isteri solehah yang menjadi
idaman mukmin yang soleh.
Untuk Tempahan Album Hubungi Impian Production :
017-283 3224
Atau email kepada
: amar@amar.com.my
|