|
DUNIA KARTUN MOTIVASI AMAR
AMAR, artis solo tanah
air yang sebelum ini telah menghasilkan buku
motivasi ‘ Anda Mampu Melakukannya’ yang
diterbitkan Telaga Biru Sdn Bhd. sekali lagi memberi
kejutan dengan menghasilkan buku terbarunya ‘ Dunia
Kartun Motivasi AMAR’. Kali ini AMAR menampilkan
bakatnya sebagai seorang pelukis dengan kandungan
utama BUKU ini adalah hasil kompilasi karya kartun
yang dilukis sendiri oleh AMAR. Buku ini
berkonsepkan humor, motivasi, pendidikan dan hiburan
santai yang juga menyelitkan maklumat-maklumat
berkenaan perjalanan hidup AMAR sebagai anak seni.
Menurut AMAR, beliau
telah lama bercita-cita untuk menerbitkan sebuah
buku kartun beliau sendiri dan pada hari ini dengan
siapnya buku dunia kartun AMAR ini, cita-cita beliau
itu telah tercapai. Disamping itu, beliau juga dapat
memperkenalkan bakatnya sebagai seorang pelukis
kepada masyarakat yang sebelum ini lebih mengenali
AMAR sebagai seorang artis nasyid. Buku kartun ini
juga merupakan buku katun motivasi solo pertama yang
dihasilkan oleh seorang artis kartun di malaysia.
Koleksi kartun
lukisan AMAR (yang telah diterbitkan pada
01/09/2007) di dalam buku ini memaparkan konsep yang
memberi motivasi dan pengajaran terutama kepada
golongan pelajar. Disamping itu kartun-kartun ini
juga dapat memupuk pelajar agar menjadi seorang
pelajar yang cemerlang di dalam akademik dan juga
sahsiah. Di dalam buku ini juga dimuatkan cerpen
motivasi dan juga beberapa ntuk menjadi pelajar yang
cemerlang. Kepada yang meminati silap mata, AMAR
juga sudi untuk berkongsi bakatnya didalam kemahiran
silap mata dengan memberi panduan untuk melakukan
silap mata. Terdapat 5 jenis silap mata yang diajar
oleh AMAR di dalam buku ini. Buku ini juga
dimuatkan dengan poster-pester mini ekslusif AMAR,
penanda buku, jadual waktu, koleksi gambar-gambar
AMAR dan juga koleksi kod-kod nada dering monofonik
lagu-lagu AMAR.
Di dalam buku kartun
ini juga, AMAR telah menjemput seorang kartunis yang
berpengalaman luas didalam kartun dan komik di
Malaysia iaitu Rose-man untuk memuatkan hasil karya
kartunnya didalam buku ini.
Menurut Ustaz Rozalie
Zahari, Pengarah Urusan RNH Marketing Sdn Bhd yang
juga merupakan penerbit buku ini berkata buku ini
sesuai dibaca oleh seisi keluarga terutama sekali
kepada golongan pelajar kerana mempunyai input-input
yang boleh memberi manfaat kepada mereka. Menurut
AMAR pula kartun dapat menarik minat ramai golongan
dan dapat dijadikan sebagai salah satu medium dakwah
dan pendidikan yang berkesan. AMAR mendapat
idea-idea kartun hasil daripada pemerhatian kepada
persekitaran disokong pula dengan minat untuk
berdakwah kepada masyarakat dan menyeru kepada
kebaikan.
Sebelum ini AMAR
merupakan seorang kartunis dan pernah berkarya
disebuah majalah yang berunsur pendidikan dan
keislaman iaitu Asuh yang diterbitkan oleh Galeri
Ilmu Sdn Bhd. Ketika ini Amar sedang giat
menghasilkan buku belajar silap mata yang
diterbitkan dibawah PTS Milenia Sdn Bhd. Buku ini
dijangka berada di pasaran pada sekitar bulan
oktober ini.
Buku ini diterbitkan
oleh RNH Marketing Sdn Bhd dan sudah pun berada di
pasaran pada harga RM 17.80 dan mendapat harga
istimewa pada program khas AMAR seperti Persembahan,
Motivasi dan sesi promosi. Untuk tempahan dan
pertanyaan sila hubungi RNH Marketing Sdn BHd di
talian 03-6185 2342 dan bercakap dengan En.
Hamsah Djama.
Untuk Tempahan sila hubungi Impian Production :
017-283 3224
Atau email kepada
: amar@amar.com.my
|