|
::SEPINTAS PERKENALAN::
AMAR adalah seorang artis yang agak pendiam, tetapi
ramah apabila didekati. Beliau amat meminati bidang seni sejak
kecil lagi dan dipengaruhi oleh suasana keluarga seni, justeru,
banyak menimba ilmu dan pengalaman berkaitan seni muzik, seni
suara, lukisan dan sebagainya daripada keluarganya sendiri.
Berasal daripada keluarga yang amat sederhana yang menjadikan
AMAR juga sebagai seorang yang sederhana dari pelbagai aspek
kehidupan. Sifat semula jadinya yang suka menghiburkan khalayak
telah merealisasikan impian beliau untuk bergelar artis solo
nasyid setelah dilamar oleh syarikat rakaman Telaga Biru Sdn.
Bhd. untuk menghasilkan albumnya. AMAR juga menampilkan
kebolehannya dalam seni silap mata ketika di pentas kerana
menurutnya, silap mata adalah seni yang paling halus dan dapat
menghiburkan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat, darjat dan
usia. AMAR akan terus menghasilkan hasil karya seninya selagi
mendapat sokongan yang padu daripada semua dan semoga dengan
kehadirannya, akan mencetuskan ‘Paradigma Seni Terkini’.
|