|
Watikah AMAR
"Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum
w.b.t. selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.
yang bakal memberi syafaat kepada insan beriman di akhirat kelak.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menyokong
penglibatan saya dalam bidang seni secara langsung atau tidak
langsung.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
penglibatan saya dalam bidang seni sama ada seni suara, muzik,
lukisan, silap mata dan sebagainya adalah untuk berkongsi hasil
karya saya dengan anda semua serta untuk kepuasan diri saya
sendiri. Saya tidaklah berniat untuk menjadi idola ataupun ikon
yang boleh dicontohi dan diikuti ramai kerana sebaik-baik contoh
dan ikutan ialah Nabi Muhammad s.a.w. Janganlah kita keliru
tentang perkara asas ini kerana kita semua akan dipersoalkan
oleh Allah s.w.t. tentang amalan dan ikutan kita di akhirat
kelak. Oleh itu saya menyeru kepada sahabat-sahabat semua supaya
tidak memuja-muja, ‘extreme’ ataupun fanatik kepada mana-mana
individu yang kita minati. Tidak salah untuk sekadar mengagumi
mana-mana individu, tetapi mestilah ada hadnya dan janganlah
sampai kita melupakan ikrar utama kita kepada Allah s.w.t iaitu,‘ Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah
untuk Allah s.w.t.
Akhir kata, terimalah kehadiran saya dalam bidang
seni ini seadanya dan saya berharap hasil karya saya akan terus
diminati oleh anda semua. Sekian, terima kasih."
-AMAR-
|