|
::PENGENALAN::
Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita menganggap
SILAP MATA adalah suatu permainan yang menggunakan
ilmu sihir, doa dan jampi atau ilmu kebatinan dan
sebagainya. Prasangka ini timbul kerana keajaiban
sesuatu perkara yang terjadi semasa permainan atau
pertunjukan ini tidak terfikir oleh akal pada waktu itu.
SILAP MATA hanyalah sekadar permainan
kemahiran tangan dalam melakukan gerakan-gerakan di
samping menyembunyikan rahsia-rahsianya yang begitu
halus sehingga dapat mengelirukan mata penonton. Setiap
permainan pasti ada rahsianya, sama ada yang berupa
benda atau cara yang sangat dirahsiakan dan dapat
menimbulkan kesan keanehan atau tanda tanya kepada
penonton.
Ruangan SILAP MATA ini akan memaparkan di antara
beberapa sedutan daripada buku-buku teknik silap mata
mudah
yang telah dikuasai oleh AMAR sejak dari sekolah rendah
lagi. Di antara sedutan-sedutan menggunakan Bahasa
Melayu sepenuhnya dan sebahagian yang lain menggunakan
Bahasa Inggeris.
Sekiranya terdapat persoalan atau pendapat bolehlah
dibincangkan di ruangan DISKUSI di bahagian silap mata.
<<<KLIK DI SINI UNTUK KE RUANGAN
SILAP MATA SETERUSNYA>>>
|