Inginkan kelainan persembahan & pengisian di program anda??

Bosan dengan persembahan yang biasa dan cliche? Artis tak pandai hiburkan penonton?

Jangan risau… Saya ada penyelesaiannya!

AMAR

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera!

Hai, saya AMAR. Saya adalah seorang artis nasyid solo, ahli silap mata profesional dan motivator sejak tahun 2001. Hampir 20 tahun saya berkecimpung di dalam bidang ini. Saya berpengalaman dalam mengadakan persembahan 3 dalam 1 iaitu kombinasi persembahan nasyid, silap mata dan motivasi.

Di sini saya nak tawarkan perkhidmatan ini kepada anda sekiranya inginkan kelainan di dalam program anda. Sebelum tu, jom kita tengok antara karya dan pencapaian saya dalam 3 bidang ini.

 

NYANYIAN

Platform Digital

Dalam bidang nyanyian, saya telah menerbitkan 6 buah album. Ia berada di semua platform digital.

Lagu & Muzik Video

Ini adalah antara lagu-lagu saya yang terkenal.

Juara Nasyid

Saya pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir Nasyid Minggu Ini anjuran JAKIM & RTM dengan menewaskan nama-nama besar nasyid tanahair seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz dan banyak lagi.

Anugerah Artis Solo

Oh ya, saya juga pernah dinobatkan sebagai artis solo nasyid popular oleh JAKIM & RTM.

Media

Berikut adalah antara liputan media berkaitan bidang nyanyian.

SILAP MATA

Produk

Dalam bidang silap mata, saya sudah menerbitkan 5 buah buku tutorial silap mata, DVD tutorial silap mata, VCD persembahan street magic silap mata, barangan silap mata dan sebagainya.

Bengkel Silap Mata

Saya selalu mengadakan bengkel silap mata untuk selebriti, motivator, guru dan sebagainya.

Video

Saya sering dijemput mengadakan program silap mata di stesen TV. Ni antara potongan videonya. Sila klik video.

Saya banyak mendapat jemputan persembahan silap mata daripada pelbagai pihak terutamanya korporat seperti Petronas, Sime Darby, TNB, Siti Nurhaliza Production dan banyak lagi.

Media

Banyak media pernah membuat liputan tentang keunikan silap mata saya.

MOTIVASI

Penulis Buku

Dalam bidang motivasi pula saya telah menerbitkan beberapa buah buku berkaitan motivasi. Antaranya berjudul Anda Mampu Melakukannya!, Motivasi Diri & Dunia Kartun Motivasi AMAR.

Saya juga telah menghasilkan E-Book teknik belajar berkesan berjudul The Magic Of Memorization.

Jemputan

Terlalu banyak pihak sekolah, kolej, universiti dan sebagainya yang sering menjemput saya untuk menyampaikan ceramah motivasi.

Berikut adalah tajuk-tajuk motivasi yang selalu saya sampaikan:

Bagaimana Menjadi Pelajar Hebat & Cemerlang.

Petua Menghadapi & Menjawab Soalan Peperiksaan.

Rahsia Teknik Bijak Belajar & Pembahagian Masa Efektif.

Solat, Kerohanian & Sahsiah.

Pembentukan Disiplin & Jati Diri.

Menggilap Potensi Diri dan banyak lagi.

Media

Program motivasi saya juga pernah mendapat liputan pelbagai media.

"Pengalaman Luar Biasa Persembahan Pelbagai Yang Tidak Pernah Anda Alami di Mana-Mana!"

PERSEMBAHAN AMAR 3 IN 1

Pengisian persembahan 3 dalam 1 saya biasanya adalah seperti berikut:

Nyanyian

Persembahan nyanyian lagu-lagu hit AMAR seperti Nurul Iman, Macam Cantik Jer Macam Comel Jer, Cebisan Kenangan dan lain-lain.

Silap Mata

Persembahan silap mata profesional 3 kategori iaitu komedi, interaksi dan muzikal.

Motivasi

Motivasi pembentukan jati diri, kerohanian & lain-lain.

Selain itu, ada lagi BONUS daripada saya seperti penonton yang bertuah akan mendapat hadiah misteri dan selepas program boleh diadakan sesi ramah mesra, autograf dan fotografi bersama saya.

TESTIMONI

Komen

Berikut adalah testimoni berkaitan perkhidmatan saya melalui komen para penonton.

Penulisan Blog

Yang ni pula testimoni yang saya terjumpa di blog-blog.

Nyanyian

“Power suara!”
-Muhd Zafri (Mahasiswa UMS)

“Suara lunak, lagu-lagu pun best”
-Nurul Hana (Mahasiswi UTM Skudai)

Silap Mata

“AMAR adalah sifu silap mata”
-Mazidul Akmal Sidik (Selebriti TV3)-

“Your magic is awesome AMAR”
-Siti Nurhaliza Production-

“Silap Mata AMAR memukau”
-Utusan Malaysia-

“Silap mata AMAR dapat mengasah minda”
-Harian Metro-

“Kemahiran silap mata AMAR begitu menakjubkan”
-Sinar Harian-

Motivasi

“AMAR bakar semangat orang muda!”
-Harian Metro-

“Program motivasi bersama AMAR amat membuka minda dan memberi kesedaran kepada pelajar untuk mengubah sikap”
-Harian Metro-

Apa Kata Para Guru ?

“Motivasi yang disampaikan oleh AMAR sangat luar biasa kerana dapat menarik minat pelajar dan memberi nafas baru kepada pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya di dalam kehidupan. Modul motivasi juga sangat padat dengan penekanan kecemerlangan yang seimbang dunia dan akhirat.”

“Program motivasi ini lain dari yang lain kerana pengisian program yang pelbagai. Saya sendiri berasa teruja dengan teknik motivasi yang disampaikan oleh saudara AMAR dengan menyelitkan aksi silap mata yang dapat membuatkan pelajar memberi tumpuan penuh kepada program ini.”

“Saya amat tertarik dengan salah satu modul di dalam program motivasi ini iaitu-‘Menghormati Guru Sebagai Asas Kejayaan’. Ramai pelajar sekarang sangat kurang ajar dan tidak menghormati guru. Saya merasakan bahawa motivasi ini memberi kesan yang mendalam kepada akhlak pelajar sekolah saya. tip-tip belajar berkesan yang disampaikan juga sangat bagus dan realistic.”

Amacam ?

Yakin tak dengan kredibiliti dan kemampuan saya untuk jadikan program anda meletop dan diingati sampai mati?

Percayalah. Dijamin kepuasan maksima & memukau!

Durasi maksimum persembahan saya ialah 2 jam. Terpulang kepada anda untuk saya lebihkan bahagian yang mana satu sama ada nasyid, silap mata atau motivasi.

✔ Ini bermakna sekiranya program anda berkaitan konsert, maka biasanya saya akan lebihkan nyanyian nasyid. Silap mata dan motivasi pula adalah sampingan.

✔ Sekiranya program anda adalah berkaitan motivasi, maka saya akan lebihkan pengisian motivasi. Nasyid dan silap mata pula adalah sampingan.

✔ Adakalanya penganjur hanya mahu saya buat persembahan silap mata sahaja, atau nasyid sahaja, atau motivasi sahaja. Ini semua tiada masalah. Harganya tetap sama.

PERHATIAN: Jika anda mahu saya buat persembahan selama 5 minit sahaja pun harganya tetap sama sepertimana persembahan saya selama 2 jam. Maka, sebaiknya jika anda ingin menjemput saya, pastikan tempoh masa persembahan saya berbaloi contohnya sekurang-kurangnya 1 jam.

Berapa Harga Perkhidmatan Ini ?

(Hint: Bukan RM20,000)

Harga asal perkhidmatan ini ialah RM6000. Tetapi dalam tempoh promosi ini, kami ingin berikan DISKAUN.

Anda hanya perlu bayar sebanyak RM3000 sahaja. Kos ini adalah termasuk pengangkutan, penginapan dan makan minum pihak kami.

TETAPI… Harga promosi ini hanya untuk 20 pihak penganjur yang bertindak pantas sahaja. Kemudian harga akan dinaikkan kepada harga asal iaitu RM6000.

Sila lock harga diskaun ini segera agar tak terlepas peluang ini.

AMAR - PERSEMBAHAN 3 IN 1

Harga Biasa RM6000. Harga Sekarang Hanya RM3000. (JIMAT 50%).

Tekan butang “SAYA NAK TEMPAH ” untuk buat tempahan segera!

• Sila ubah dan naikkan had pindahan (transfer limit) akaun bank anda sekiranya had pindahan di bawah RM3000.

• Setelah membuat bayaran, pihak kami akan hubungi anda dalam tempoh 48 jam bagi menetapkan dan membincangkan tentang tarikh & masa program ini di tempat anda.

• Harga ini adalah untuk program di seluruh Semenanjung Malaysia.

• Sekiranya program ini dibuat di Sabah dan Sarawak, kos pengangkutan dan penginapan pihak kami perlu ditanggung oleh anda.